i heart elmo



TAKZHIRAH BULAN PUASA
Hi u'all hari ni nak bagi sedikit takzhirah mengenai
bula ramadan yang mulia ini ..
kepada korang ..


ADAB BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Setiap orang yang mengerjerkan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan 
adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antaranya adalah :


Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada
mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian
ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri
dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa
dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi,
sebagai mana maksud sabda Rasulullah  S.A.W.: "Ramai yang berpuasa tidak
mendapat ganjaran daripada puasanya melahirkan lapar dan dahaga". (Hadis
Riwayat An-Nasaei)



Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam sama ada
mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih
dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Puasa itu adalah 'perisai",
sekiranya seorang daripada kamu sedang berpuasa janganlah dia
bercakap kotor, melakukan keburukkan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang
mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang
itu: "Saya sedang berpuasa". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).



KELEBIHAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah
sedekah pada bulan Ramadhan". (Riwayat at-Tirmidzi)


Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Hadith:

  • Setiap umat islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah S.W.T. di hari akhirat kelak.

  • Bersedekah bukan hanya memeberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.


  • Konsep "memberi" (bersedekah) harus diteteapkan secara maksimun bukan sahaja di sepanjang bulan Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga, ini kerana jika kita sentiasa bersedekah ia akan memberikan pengaruh yang baik terhadap peribadi dan masyarakat umunnya dimana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya, disamping itu juga ia dapat mengeratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedududkan seseorang itu.

  • Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah S.W.T. adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.




|


copyright blogskin byschaaalhassan